Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, bercakap pada sidang media hari ini. Foto TVS

Ubah ‘tulang ikan’ kaunter Imigresen, atasi masalah kesesakan lalu lintas ICQS Sungai Tujuh

MIRI, 25 Jan: Kerajaan Sarawak akan mengkaji langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di komplek Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, usaha berkenaan akan dilaksanakan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersama Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS).

Lee pada masa sama, juga mencadangkan agar reka bentuk kaunter Imigresen yang berbentuk tulang ikan perlu diubah kerana didapati ia mengundang kesesakan lalu lintas di lokasi.

“Kita ada cadang kepada Imigresen untuk menukar rekabentuk bagi memastikan laluan trafik yang licin dan orang senang keluar. Rekabentuk tulang ikan sekarang menyebabkan bahagian depan menyekat bahagian belakang, orang keluar pun tak dapat.

“Orang nak keluar Imigresen dari dua dan tiga lorong pergi ke kastam jadi satu lorong. Ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya pada sidang media di ICQS Sungai Tujuh pada Khamis.

Selain itum Lee mendedahkan satu jawatankuasa khas juga akan ditubuhkan bagi mengkaji langkah yang perlu dibuat untuk mengatasi isu ini selain mengubah kaunter ke reka bentuk baru yang perlu mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Untuk langkah sementara yang diambil, beliau memberitahu lorong kaunter akan dilebarkan dan lorong khas untuk kenderaan Malaysia akan disediakan supaya tidak bercampur dengan kenderaan asing.

“Tenaga kerja yang diperlukan juga akan ditambah untuk hujung minggu, cuti sekolah dan musim perayaan memandangkan waktu ini merupakan waktu puncak di ICQS Sungai Tujuh,” ujarnya.

Sehubungan itu, Lee berharap isu berkaitan kesesakan akan diberi perhatian oleh KDN dan dibawa ke pelan belanjawan akan datang bagi menaik taraf ICQS Sungai Tujuh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan