Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyelaras Raya Khas, Yusuf Roy, ketika ditemu ramah TVS di sini, baru-baru ini. Foto TVS

Raya Khas lancar pakej ‘safety combo’ sempena Tahun Baru Cina

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 25 Jan: Pengedar kereta import terkemuka di Sarawak, Raya Khas melancarkan kempen perayaan Tahun Baru Cina dengan menawarkan `pakej safety combo’ bermula dari 15 Jan hingga 15 Mac 2024.

Kempen berkenaan bakal dijayakan dengan kerjasama Raya Khas bersama pempengaruh, Boss Michael dan Carlife Automobile Accessories untuk membolehkan para pelanggan memiliki kereta import idaman mereka.

Raya Khas lancar pakej ‘safety combo’ sempena Tahun Baru Cina | TVS

Menurut penyelaras Raya Khas, Yusuf Roy, pakej ini menawarkan `safety dashboard camera’ ataupun `dashcam’ serta sistem GPS yang boleh mengelakkan kenderaan mewah daripada dicuri ataupun sebagai langkah pencegahan sekiranya berlaku kemalangan di atas jalan raya, lebih-lebih lagi sewaktu musim perayaan sepanjang tahun.

Yusuf mendedahkan berdasarkan statistik perbandingan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak, dapat disaksikan bahawa terdapat  peningkatan sebanyak 10.7 peratus iaitu sebanyak 341 kes kemalangan maut berbanding tahun sebelum yang telah mencatat sebanyak 308 kes kemalangan maut yang direkodkan.

“Manakala, kadar kematian akibat kemalangan maut, berlaku peningkatan sebanyak 12.7 peratus iaitu sebanyak 382 kes kematian akibat nahas jalan raya yang direkodkan berbanding dengan tahun sebelumnya yang hanya mencatat sebanyak 339 kes sahaja.

“Jadi, disebabkan perkara ini, Raya Khas telah terpanggil untuk menyokong seruan kerajaan dengan mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, terutama pada musim perayaan.

“Ini dapat membantu pelanggan mengurangkan risiko kecurian kereta mewah dan juga mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dengan menggunakan pakej-pakej alatan yang disediakan kepada pelanggan,” katanya ketika ditemu ramah TVS di sini, baru-baru ini.

Menurut beliau, peralatan ‘dashcam’ mampu merekodkan pelbagai kejadian di jalan raya selain boleh dijadikan maklumat tambahan untuk mengenal pasti punca kemalangan.

Selain itu, Yusuf mendedahkan Raya Khas turut menawarkan khidmat `i-Direct By Raya Khas’, iaitu satu program yang berkonsepkan pembelian kereta recond `custom order’ yang pertama di Sarawak.

Yusuf menambah sejak diperkenalkan, khidmat ‘i-Direct By Raya Khas’ telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan.

“Program ini sangat telus, cepat dan selamat di mana pelanggan boleh memiliki kereta idaman mereka dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tempahan dibuat mengikut model, harga, warna, gred dan spesifikasi yang diinginkan.

“Alhamdulillah, setakat ini kami telah mengeluarkan sebanyak 100 buah unit kereta idaman pelanggan” katanya lagi.

Tambahnya lagi, program ini boleh membantu pelanggan untuk memiliki kereta idaman mereka dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh tempahan dibuat mengikut model, harga, warna, gred dan spesifikasi yang diinginkan.

Dalam perkembangan sama,  salah seorang pelanggan, Izam Abdul Rahman memuji inisaitif kempen Raya Khas itu susulan ia menggalakkan masyarakat menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam menyalurkan maklumat termasuk berkaitan kemalangan jalan raya.

“Urusan dengan Raya Khas amat memuaskan hati kerana ia tidak melibatkan banyak proses.

“Apabila kereta telah sampai, saya berasa teruja kerana perkhidmatan yang ditawarkan amat mantap, terutamanya pakej ‘safety combo’ di mana keselamatan keluarga saya sentiasa terjamin apabila di jalan raya,” ujarnya.

Turut senada, salah seorang pelanggan lagi, Mohamaad Huzaid berpuas hati dengan program serta perkhidmatan yang diperkenalkan Raya Khas.

Menerusi inisiatif Raya Khas, menurut Mohamaad Huzaid  dirinya kini berjaya memilik kereta import idamanya, iaitu kereta buatan popular Jepun, Honda N One.

“Mula-mula saya tidak tahu. Apabila saya dibantu oleh pembantu jualan Raya Khas, saya perasan ada ‘banner’ yang menunjukkan mengenai ‘I-Direct by Raya Khas’.

“Maka, saya cubalah perkhidmatan yang telah ditawarkan dan saya berasa sangat berpuas hati apabila menerima kereta idaman,” katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan kempen dan promosi di Raya Khas, para pelanggan diminta untuk menghubungi talian hotline Raya Khas 0198172168 ataupun melayari laman web Raya Khas di www.rayakhas.com.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan