Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia berjaya mengikat pasukan Korea Selatan 3-3 dalam perlawanan terakhir kumpulan E saingan Piala Asia 2023. Foto FAM

Piala Asia 2023: Malaysia pamer aksi memukau, ikat Korea Selatan 3-3

ByHafeezzur Muzamir

DOHA, 25 Jan: Skuad negara melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan dalam aksi terakhir kumpulan E saingan Piala Asia 2023 sebentar tadi.

Skuad kendalian Kim Pan Gon itu mempamerkan aksi memukau di Stadium Al Janoub dengan berjaya menandingi tempo permainan skuad Korea Selatan yang rata-ratanya dibarisi pemain yang beraksi di Eropah.

Di babak pertama, kem pasukan negara sibuk berkampung di kubu sendiri susulan serangan bertali arus skuad kendalian Jurgen Klinsman yang berjaya membocori gawang negara pada minit ke-21 menerusi jaringan W.Y Jeong.

Memasuki separuh masa kedua, skuad negara seolah ‘dirasuk’ dengan memperagakan aksi penuh bertenaga sehingga berjaya mengejutkan gawang gol lawan pada minit ke-51 menerusi jaringan Faisal Halim selepas Darren Lok berjaya mencuri bola dari kaki pemain lawan.

Selang 11 minit kemudian, jaringan kedua skuad negara menjelma menerusi Arif Aiman setelah menyempurnakan sepakan penalti selepas dikasari pemain lawan.

Selepas itu, Korea Selatan melancarkan asakan bertubi-tubi ke gawang gol negara dengan berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma KI Lee pada minit ke-83.

Skuad negara terus hampa, apabila Korea menjaringkan gol ketiga mereka menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh ketua pasukan, Son Heung Min selepas pemain negara Junior Eldstal mengasari pemain lawan di dalam kawasan kotak penalti.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan memihak Korea, pemain gantian, Romel Morales muncul wira menerusi jaringan gol pada masa tambahan sekali gus menyekat kemenangan pasukan Korea yang menghuni kedudukan ke-23 dunia.

Keputusan seri itu menyaksikan Malaysia berjaya mengutip satu mata berharga, namun tersingkir dalam saingan edisi kali ini selepas menghuni tangga tercorot kumpulan E. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan