Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Jepun Takefusa Kubo ketika diasak pemain Indonesia pada perlawanan Jepun menentang Indonesia bagi peringkat Kumpulan D sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al-Thumama. Foto, AFP.

Piala Asia 2023: Jepun, Iraq layak ke pusingan 16, Indonesia kena tunggu

ByBernama

DOHA, 25 Jan: Jepun mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas jaringan berganda Ayase Ueda memastikan kemenangan 3-1 ke atas Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan D Piala Asia 2023 di Stadium Al Thumama di sini, malam Rabu.

Penyerang kelab Feyenoord itu meletakkan juara empat kali itu dalam kawalan awal apabila membuka jaringan pada minit keenam dengan sepakan penalti selepas kesilapan ketua pasukan Indonesia, Jordi Amat menghalang pergerakan penyerang tersebut di kawasan penalti.

Pengadil tuan rumah, Khamis Al Marrien pada mulanya membenarkan permainan diteruskan sebelum melakukan rujukan Video Assistant Refree(VAR) dan tidak teragak-agak menghadiahkan penalti kepada Jepun.

Penguasaan awal membolehkan Jepun menekan Indonesia melakukan kesilapan pertahanan dengan pemain sayap Takefusa Kubo terlepas beberapa peluang terbaik untuk menggandakan kelebihan pada separuh masa pertama.

Pada minit ke-52 Ueda, yang tidak dikawal pemain pertahanan Indonesia, menjaringkan gol kedua peribadinya apabila menyempurnakan bola hasil hantaran pemain tengah Ritsu Doan.

Jepun meneruskan penguasaan dengan melakukan serangan oleh Ueda yang memaksa pemain pertahanan Indonesia, Justin Hubner menghadiahkan gol kepada Jepun apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-87.

Sandy Walsh berjaya mendapatkan gol sagu hati Indonesia dengan mengatasi penjaga gol Jepun, Zion Suzuki, pada masa tambahan seminit perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan Jepun menamatkan peringkat kumpulan selaku naib juara, ketinggalan tiga mata dibelakang Iraq yang mengumpul sembilan mata selepas mengalahkan Vietnam 3-2 dalam satu lagi perlawanan.

Indonesia yang berada di tempat ketiga perlu menunggu hingga tamat peringkat kumpulan esok sama ada mereka akan layak sebagai empat pasukan terbaik di kedudukan tersebut.

Sementara itu, di Stadium Jassim bin Hamad, pemain simpanan Aymen Hussein menjaringkan gol kemenangan Iraq menerusi sepakan penalti pada saat-saat terakhir perlawanan untuk mengecewakan Vietnam 3-2.

Vietnam mendahului pada minit ke-17 apabila pemain pertahanan Iraq, Zaid Tahseen secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri ketika cuba menepis hantaran lintang Vo Minh Trong, namun campur tangan VAR membatalkan gol tersebut.

Piala Asia 2023: Gol penalti Asnawi julang Indonesia, singkir Vietnam

Akhirnya Vietnam membuka jaringan menerusi Bui Hoang Viet Anh pada minit ke-40 sebelum pemain pertahanan Rebin Solka menyamakan kedudukan pada minit ke-47.

Hussein kemudian menjaringkan gol kedua Iraq dengan menanduk masuk hantaran lintang pemain simpanan Ali Jassim pada minit ke-73 sebelum Vietnam menyamakan kedudukan menerusi pemain simpanan Ngyuen Quang Hai dalam masa penuh perlawanan.

Hasil kesasaran Minh Trong menghadiahkan sepakan penalti dan justeru gol kemenangan Iraq disempurnakan Hussein pada saat akhir perlawanan, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah negara itu dalam saingan peringkat kumpulan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan