KUCHING, 25 Jan: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memastikan bantuan kebajikan untukĀ anak-anak ibu tunggal Allahyarham Mila Sharmilah Samsusah atau ‘Bella’ akan terus disalurkan demi masa depan mereka.
Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, pegawai pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan berjumpa dengan keluarga tersebut dalam masa terdekat ini bagiĀ mengetahui perancangan lanjut mereka terhadap kanak-kanak berkenaan.
Menurut Nancy, Ā ketika ini dua anak Bella yang berusia dua dan lima tahun itu kini berada dalam keadaan selamat dan menerima perlindungan daripada ahli keluarga Allahyarham Bella.
āKita boleh beri perlindungan, tetapi untuk bertindak, kita perlu dapatkan laporan daripada pihak polis kerana kita juga perlukan perintah mahkamah sama ada anak-anak arwah diserah kepada kita atau keluarganya berikutan ada peraturan-peraturan tertentu yang memerlukan orang yang layak dan sesuai menjaga.
āKita tidak ambil anak-anaknya begitu sahaja kerana perlu ada persetujuan pihak tertentu terutamanya keluarga terdekat yang lebih layak untuk menjaga,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang SMK Santubong dan menyerahkan simbolik insiatif Sarapan Pagi Anak SPM pada Khamis.
Bella dilaporkan hilang 16 Disember lalu selepas keluar dari rumah untuk ke pusat dobi di Batu Pahat, Johor, 14 Disember lalu.
Kelmarin, polis mengesahkan hasil analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diperoleh daripada penemuan rangka manusia di Kampung Batu Tujuh, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 19 Januari lalu adalah milik ibu kepada anak dua tersebut. -TVS