Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Syarikat ACWA Power di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Khamis. Foto, TVS.

ACWA Power ingin melabur hidrogen ammonia hijau di Sarawak

KUCHING, 25 Jan: Syarikat antarabangsa terkenal iaitu ACWA Power mengintai peluangĀ untuk melabur berkaitanĀ hidrogen ammonia hijau di Sarawak berikutan negeri ini kaya dengan tenaga boleh diperbaharui.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PETROS, Dr James Foo berkata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah berbincang dengan Syarikat ACWA Power bersama beberapa agensi yang terlibat berkaitan perkara itu hari ini.

“ACWA ingin melabur hidrogen ammonia hijau berpotensi di negeri Sarawak.

“Kami mengadakan perbincangan yang baik dengan Premier Sarawak, agensi negeri serta SEB, Petros dan SEDC dan berharap perbincangan berterusan akan melihat sama ada pelaburan ke Sarawak boleh dinilai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di Kuching pada Khamis.

Dr James berharap pertemuan itu akan membuahkan khabar gembira kepada peluang pelaburan di Sarawak.

Untuk rekod, ACWA Power merupakan sebuah merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan di Arab Saudi.

Syarikat tersebut dahulunya adalah syarikat antarabangsa untuk projek air dan tenaga dan kini berkembang kepada pemaju, pelabur, dan pengendali penjanaan kuasa, tenaga boleh diperbaharui dan loji pengeluaran air penyahgaraman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan