Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merasmikan Pembukaan Semula Medan Niaga Permaidani Kampung Boyan, Gersik dan Sourabaya (BGS) di Kuching, pada Rabu. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Tempat parkir Kampung Gersik, Boyan, Sourabaya tunggu kelulusan DBKU – Dr Abdul Rahman

ByConnie Grace

KUCHING, 24 Jan: Permohonan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gersik, Boyan dan Sourabaya (GBS) agar tempat letak kenderaan disediakan di sekitar medan niaga kampung berkenaan sedang menanti kelulusan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata kawasan cadangan adalah terletak di kampung sebelah (Kampung Sourabaya) bagi membina kawasan parkir untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Pihak JKKK sudah berbincang sekian lama cuma buat masa ini kita hanya menunggu kelulusan dari pihak DBKU bagi tujuan itu.

“Selain itu juga kita turut memberi cadangan untuk menyediakan Buggy Ride bagi membawa penumpang-penumpang ke tempat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembukaan Semula Medan Niaga Permaidani Kampung Boyan, Gersik dan Sourabaya (BGS) di Kuching, pada Rabu.

Menurutnya lagi, kawasan perkampung di BGS merupakan kampung tradisi yang mula dibuka sejak 15 tahun lalu telah menerima  kemasukan kenderaan dari luar kawasan itu.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa keselamatan akan ditugaskan bagi menangani kesesakan lalu lintas serta mengawal aliran trafik setempat.

Terdahulu, beliau telah merasmikan Pembukaan Semula Medan Niaga Permaidani Kampung Boyan, Gersik dan Sourabaya yang telah roboh akibat ribut pada April 2020 yang lalu.

Beliau yang Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi menyakini bahawa pembukaan semula medan niaga tersebut mampu melonjakkan sektor ekonomi penduduk di kawasan kampung itu sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan di Bandaraya ini.

‘Pembangunan industri pelancongan di Sarawak merupakan salah satu sektor ekonomi tumpuan di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

‘Ini akan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk meraihkan pendapatan yang lebih tinggi kepada industri makanan dan minuman yang diceburi oleh kebanyakkan penduduk di kawasan ini,” ujarnya.

Untuk rekod katanya, industri pelancongan telah menyumbang 5.75 peratus bersamaan RM8.07 Bilion kepada KDNK Sarawak dan telah diiktiraf oleh Unesco sebagai Creative city of Gastronomy.

Turut hadir Ahli Parlimen Batang Sadong, merangkap Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Rodiyah Sapiee dan Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) Datu Abdul Hadi Abdul Kadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan