Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.Foto, Bernama.

Polis percaya cemburu motif pembunuhan Bella

ByBernama

JOHOR BAHRU, 24 Jan: Polis mempercayai motif pembunuhan  ibu tunggal Mila Sharmilah Samsusah, 32, yang hilang sejak 14 Dis lepas, adalah disebabkan cemburu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau juga berkata punca kematian wanita berkenaan disebabkan keretakan di kepala yang terkena  benda tumpul.

Teman lelaki didakwa bunuh Bella

“Motif pembunuhan Bella ini adalah mungkin cemburu, macam saya cakap sebelum ni di Kuala Lumpur, kes bunuh ini mesti mempunyai motif.

Daripada motif tersebutlah, kita akan memulakan (siasatan) di situ, dapat bayangan ke arah motif. Inilah motif (pembunuhan Bella) yang kita dapat tahu,” kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Razarudin berkata suspek kes pembunuhan Bella telahpun dituduh di Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi tadi.

Beliau juga menafikan dakwaan di media sosial bahawa polis seolah-olah memberi “layanan mesra” kepada suspek dalam siasatan kes itu dan menjelaskan kali pertama suspek utama ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 364 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang.

Namun, Razarudin berkata setelah keterangan diambil, suspek diberi jaminan polis kerana pihaknya mendapati tidak cukup bukti dan selepas terdapat bukti-bukti dan keterangan baharu, pihaknya menahan suspek sekali lagi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

“Bukti-bukti dan keterangan (baharu) membolehkan kita menangkap dan siasatan seterusnya di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh. Bukan kata kita bebaskan sebab hendak bagi peluang dia pergi umrah, tidak,” katanya lagi.

Pagi tadi,  seorang posmen yang merupakan teman lelaki kepada Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 25, didakwa membunuh ibu kepada dua anak itu, antara 11 malam 14 Dis sehingga 5.20 pagi, 15 Dis lepas.

Jumaat lepas, polis menemui rangka manusia tidak lengkap di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani di Batu Pahat, selepas dipandu arah oleh seorang daripada suspek utama kes kehilangan wanita berkenaan.

Wanita berkenaan dilaporkan hilang sejak 14 Dis lepas selepas gagal dihubungi setelah dikatakan menaiki kereta teman lelakinya untuk mencuci pakaian di kedai dobi berhampiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan