Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditemukan mati di dalam sebuah kereta dipercayai akibat ditembak dalam kejadian berhadapan sebuah kedai motosikal di Meru, Klang dekat sini petang tadi. Foto fail Envato.

Lelaki warga Thailand mati ditembak pada kepala

IPOH, 24 Jan: Seorang lelaki warga Thailand maut selepas ditembak pada kepala di kawasan perairan Pantai Remis, Manjung dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, polis menerima laporan daripada seorang pengadu lelaki tempatan yang memaklumkan seorang lelaki Thailand mati ditembak di kedudukan latitude 45712.0N 991436.0E kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

“Mangsa dikatakan ditembak oleh sekumpulan disyaki warga Indonesia semasa berada di atas bot api milik pengadu.

“Pengadu dimaklumkan oleh pekerjanya dengan alat walkie-talkie berhubung kejadian itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan (ASP) Azalan Ab Karim di talian 019-392 7837 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan