Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. Foto: Fadhlina Sidek (FB).

KPM sambut baik agenda reformasi pendidikan, pastikan kualiti dimartabat

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) menyambut baik ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang menetapkan semua sistem pendidikan prasekolah diselaraskan di bawah kementerian itu dalam memastikan kualiti pendidikan negara terus dimartabatkan.

 Menterinya Fadhlina Sidek berkata langkah itu juga selaras dengan agenda reformasi pendidikan yang sedang diterajui KPM khususnya dalam memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

“Susul tindak telah disegerakan dengan penglibatan semua ketua jabatan dan bahagian dalam mesyuarat pasca Kabinet KPM pada hari ini.

“Mekanisme dan garis masa bagi peralihan struktur baharu ini akan diperincikan dalam tempoh terdekat bersama kementerian yang terlibat serta pemegang taruh dalam institusi pendidikan awal kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Fadhlina reformasi pendidikan sangat signifikan dalam menjamin akses pendidikan yang berkualiti serta intervensi awal bagi menangani keciciran di peringkat prasekolah.

Pada 22 Jan lepas, Anwar menggesa supaya sistem pendidikan prasekolah di negara ini dikaji semula bagi mengelakkan kesenjangan dalam kalangan masyarakat.

Menurut Perdana Menteri prasekolah yang dikendalikan KPM perlu menyediakan kemudahan tambahan secara menyeluruh kepada semua pelajar, biarpun ia bermakna kerajaan terpaksa berhadapan kos perbelanjaan baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan