Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 35 peserta Deligasi Perdagangan Perancis ke Sarawak merakam gambar kenangan bersama-sama di Hotel Pullman pada Rabu. Foto TVS

Delegasi perniagaan Perancis beri fokus bantu jana ekonomi Sarawak

KUCHING, 24 Jan: Delegasi Perdagangan Perancis mahu memberikan fokus dalam membantu menjana ekonomi Sarawak.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Perancis, Richard Fostier berkata, pihaknya akan mempraktikkan inisiatif peniagaan yang dilakukan di Semenanjung Malaysia untuk dibawa ke Sarawak dan diadaptasi dalam menjana pendapatan secara global dengan pantas.

“Melalui fokus, kami lebih kepada Sarawak dan kami perlu meniru inisiatif di Semenanjung kepada Sarawak. Hal ini kerana secara global di Malaysia ada 300 anak syarikat, 300 usahawan dan 600 syarikat secara keseluruhan untuk melatih pada tahun 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa kunjungan Deligasi Perdagangan Perancis ke Sarawak di Hotel Pullman di sini, pada Rabu.

Terdahulu, hasil perdagangan serantau Malaysia-Perancis telah mencapai hampir RM28.5 bilion pada tahun 2022.

Perdagangan tersebut telah melibatkan 550 entiti termasuk 300 anak syarikat Perancis dan 250 usahawan, dengan lebih daripada 25,000 pekerja. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan