Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Foto, Bernama.

Semua pasukan keselamatan perlu berganding bahu banteras penyeludupan – Anwar

ByBernama

PUTRAJAYA, 23 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua pasukan keselamatan negara berganding bahu membanteras aktiviti penyeludupan yang mengakibatkan Malaysia mengalami kerugian puluhan bilion ringgit.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta lain-lain agensi keselamatan, perlu bekerjasama membanteras penyeludupan yang disifatkannya kini semakin rumit.

“Kerjasama dengan badan penguat kuasa lain sangat penting seperti Kastam, PDRM, APMM dan agensi (tunggal) sempadan.

“Semua kerjasama itu penting kerana kita berhadapan kelompok yang rakus, penyeludup yang canggih dan kehilangan dana akibat penyeludupan.. minyak, dadah, rokok dan arak, itu cecah puluhan bilion ringgit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Anwar berkata JKDM dan PDRM juga telah membuktikan kecekapan masing-masing dalam membanteras penyeludupan dadah dengan kejayaan rampasan dan tangkapan melibatkan sindiket.

“Kita menyaksikan catatan membanggakan termasuk pihak JKDM, dalam usaha untuk membanteras penyeludupan dadah yang cecah nilai besar.

“PDRM juga bertindak tangkap dan dakwa kelompok bermaharajalela sekian lama iaitu penyeludup dadah terkenal di Sabah,” katanya.

JKDM sebelum ini dilaporkan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 6.13 kilogram dadah bernilai RM1.22 juta yang disembunyikan dalam bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 9 Januari lepas.

Atas sumbangan bakti pasukan keselamatan kepada negara, Anwar berkata kerajaan akan memberi keutamaan melaksanakan projek

“PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, APMM dan JKDM kita beri keutamaan perumahan pada 2024, saya minta disegerakan dan tidak ikut proses tender biasa.

“Ia (proses) terpaksa ikut tender (khas) kerana bila tidak ikut tender, bila ada rundingan, ini biasanya 10 atau 20 peratus itu bocor ke (tempat) lain,” katanya dan menambah kebajikan pasukan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

Sementara itu, Anwar mengingatkan pasukan keselamatan negara supaya melaksanakan tugas dengan ikhlas serta sentiasa menekankan tatakelola yang baik.

“Tonggak asas mendasari semua ini adalah khidmat kita, keiklhasan kita dan cara kita urus (tugas) dengan tatakelola baik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan