Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Pembangunan Ekonomi Palawan (PEDCO) bagi meningkatkan kerjasama ekonomi serantau. Foto Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF)

SBF, PEDCO meterai MoU tingkatkan kerjasama ekonomi serantau

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 Jan: Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Majlis Pembangunan Ekonomi Palawan (PEDCO) bagi bekerjasama meningkatkan ekonomi melalui industri perdagangan, kewangan, pelaburan, pelancongan, perubatan serta apa-apa industri yang dipersetujui bersama.

Menerusi kenyataan SBF baru-baru ini,  MoU itu juga akan membantu dalam menyumbang ke arah pengembangan hubungan komersial dan perdagangan termasuk acara rangkaian, pemadanan perniagaan dan misi perdagangan.

“Antara persetujuan MoU itu adalah bertukar-tukar maklumat dan pandangan dalam meluaskan kerjasama kedua-dua pihak dalam industri perdagangan dan pelaburan untuk dimanfaatkan bersama-sama.

“Selain itu, kedua-dua pihak juga hendaklah memberikan sokongan logistik serta memperkenalkan peluang perniagaan bagi mempertingkatkan interaksi perniagaan antara ahli SBF/BIMP dan PEDCO

“Delegasi dari Filipina itu juga meluahkan hasrat mereka untuk terus melabur di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Tambahannya, kedua-dua pihak itu akan mewujudkan hubungan antara usahawan-usahawan serta misi perdagangan masing-masing dalam mempromosikan peluang rangkaian, memupuk hubungan, dan menganjurkan misi perdagangan bersama untuk meneroka pasaran berpotensi dan prospek pelaburan.

MoU itu telah ditandatangani oleh Presiden SBF Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg yang diwakili Pengerusi Negara BIMP-EAGA, Nobel Pang serta Presiden PEDCO Alex A Paglumotan MPM Karim.

MoU itu telah disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SBF Angie Kueh dan Pengarah BEBC dan Pengerusi PEDCO, Engr Cipriano DV Barroma. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan