Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Gambar arkib

Pendapatan bulanan bawah RM4,556, pelajar IPT layak menerima skim SRAS

ByMuqri Aziz

KUCHING, 23 Jan: Golongan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta turut layak memohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS), kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Khabar baik itu diumumkan beliau dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini serta mencatatkan bahawa kelayakan bagi para pelajar itu merangkumi mereka yang berada di luar daerah Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

Sementara itu, Dr. Sim memberitahu skim yang dikuatkuasakan sejak 1 Jan lepas juga mensyaratkan warganegara Malaysia yang terdiri pemastautin tetap di Sarawak dengan memiliki MyKad dengan status “K” dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM4,556 turut layak.

“Warganegara Malaysia dengan status bujang berusia 18 tahun ke atas, bapa/ibu tunggal berusia 21 tahun ke atas dan berkahwin berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM4,556 layak menerima Skim SRAS dan keutamaan akan diberikan kepada golongan yang berusia 60 tahun ke atas dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Bagi pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta pula, hanya satu pelajar layak bagi setiap keluarga yang mempunyai pendapatan juga tidak melebihi RM4,556 serta ibu bapa dan penjaga tidak menerima bantuan SRAS,” kata beliau.

Beliau menambah bantuan sewa bagi Skim SRAS berjumlah RM200 sebulan selama 36 bulan atau tiga tahun maksimum dan bantuan ini dibuka kepada penyewa yang menyewa bilik atau rumah yang bukan dimiliki oleh ahli keluarga terdekat di bandar Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Bintulu dan Miri.

Dr. Sim menyatakan para pemohon yang ingin memohon Skim SRAS diminta mengemukakan lapan dokumen sokongan.

“Pemohon dikehendaki mengemukakan salinan Sijil Kahwin atau Sijil Cerai, Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Pasangan), Salinan Sijil Lahir/MyKid/MyKad anak yang berada dibawah tanggungan dan tinggal bersama pemohon dan Penyata gaji menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/pasangan serta salinan Kad OKU bagi pemohon OKU.

“Selain itu, pemohon juga perlu mengemukakan Perjanjian sewa yang ditandatangani dan dimatikan setem hasil, Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS) serta gambar premis yang disewa,” ujar beliau.

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh melayari di laman sesawang www.hdc.sarawak.gov.my atau laman Facebook rasmi Kebajikan Sukan & Rekreasi HDC serta di talian 082-444381/082-444681. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan