Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gabar fail Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner (ACP) Zam Halim Jamaluddin hadir perhimpunan bulan IPD berkenaan. Foto, IPD Cheras.

IPD Cheras terima 86,538 laporan sepanjang 2023

ByOdleen Catherny

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima sebanyak 86, 538 laporan polis sepanjang tahun lepas berbanding 60,635 pada 2022.

Ketua polis daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zam Halim Jamaluddin berkata, sepanjang Januari hingga Disember 2023, sebanyak 4,999 kertas siasatan telah dibuka.

Pada masa sama kata beliau, jenayah indeks di Cheras pada tahun lepas menunjukkan penurunan sebanyak 91 kes atau 10.72 peratus berbanding 2022 iaitu sebanyak 849 kes.

“Jenayah kekerasan secara keseluruhannya juga mencatatkan penurunan sebanyak 17 kes atau lebih 11 peratus pada 2023 berbanding 153 kes bagi tahun sebelumnya.

“Begitu juga dengan jenayah harta benda yang turut mencatatkan penurunan sebanyak 74 kes pada 2023, berbanding 696 kes bagi tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Bagi Bulan Januari 2024 Peringkat IPD Cheras, Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, sebanyak 1,394 kes atau 69.42 peratus telah berjaya dituduh pada 2023 berbanding 1,264 kes bagi 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan