Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenama fesyen gergasi Sweden, H&M pada Selasa menarik balik sebuah iklan untuk pakaian sekolah susulan kapsyen iklan yang didakwa memperlakukan seksualisasi terhadap kanak-kanak. Foto fail AFP

H&M tarik balik iklan susulan dakwaan seksualiti terhadap kanak-kanak perempuan

SYDNEY, 23 Jan: Jenama fesyen gergasi Sweden, H&M pada Selasa menarik semula iklan pakaian sekolah yang dikritik mengandungi unsur seksualiti terhadap kanak-kanak perempuan.

Kempen iklan itu yang dilancarkan di Australia memamparkan dua kanak-kanak perempuan memakai pakaian seragam sekolah dengan kapsyen bertulis “Make those heads turn in H&M’s Back to School fashion”.

Pengguna media sosial turut mengecam iklan berkenaan.

“Kami telah menarik balik iklan berkenaan,” kata jurucakap syarikat kepada AFP.

“Kami juga kesal dengan kesilapan ini dan sedang meneliti cara terbaik untuk memaparkan iklan pada masa akan datang,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan