Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan pengalaman individu yang dilantik akan membantu mencekapkan lagi pengendalian kes. Foto TVS.

Hakim Mahkamah Sesyen Klang dilantik Presiden Tribunal Anti Gangguan Seksual

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 23 Jan: Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Syafeera Mohd Said dilantik sebagai Presiden Tribunal Anti Gangguan Seksual oleh Jabatan Peguam Negara, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, jawatan Timbalan Presiden pula disandang oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Nasrudin Mohamed manakala setiausahanya ialah Nurul Elida Baharudin.

Nancy berkata setakat ini 15 sekretariat juga telah dilantik serta 10 ahli panel termasuk wakil dari Sabah dan Sarawak bagi memudahkan pengendalian kes di kedua-dua wilayah berkenaan.

“Saya secara peribadi telah meminta supaya seorang wakil (ahli panel) masing – masing dari Sarawak dan Sabah walaupun pejabat belum ada pejabat di sini dan Sabah namun apabila hendak mendengar kes, mereka boleh gunakan pejabat mahkamah atau pejabat Peguam Negara,” kata beliau.

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Yayasan Sime Darby (YSD) Back to School di Dewan Serbaguna Kampung Tanjong Bako di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata proses prosiding kes bagi sistem pengadilan alternatif itu belum dilaksanakan kerana melibatkan undang-undang yang belum digazetkan.

“(Namun) mereka sudah mula beroperasi untuk meningkatkan kemahiran.

“Saya juga harus tegaskan tribunal ini hanya merupakan satu alternatif kerana sebelum ini mereka boleh mengambil tindakan sebagai kes jenayah, Akta Gangguan Seksual dari segi jenayah dan ini adalah kes separa sivil. Ini memberi peluang kepada mereka menuntut ganti rugi akibat menjadi mangsa gangguan seksual,”tambahnya.

Untuk rekod, Tribunal Anti Gangguan Seksual ditubuhkan susulan penguatkuasaan Akta Anti Gangguan Seksual 2022, iaitu akta yang memberi peruntukan bagi suatu hak tebus rugi bagi sesiapa yang diganggu secara seksual, pada masa sama meningkatkan kesedaran demi membanteras kesalahan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan