Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Prosiding hukuman terhadap Mohammed Farik dan Mohammed Nazir adalah sebahagian daripada strategi kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk cuba menyelesaikan kes-kes keselamatan negara Guantanamo melalui rundingan bagi pengakuan bersalah. Foto Twitter Geng Keselamatan Negara.

Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mungkin pulang ke Malaysia menjelang akhir tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 Jan: Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali, Indonesia dua dekad lalu mungkin kembali ke Malaysia sebelum akhir tahun ini di bawah rundingan bagi pengakuan bersalah yang dipersetujui minggu lepas.

Seorang juri tentera di Teluk Guantanamo akan ditugaskan untuk memilih bentuk hukuman dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun, menurut laporan oleh pewarta New York Times di Teluk Guantanamo di Cuba pada Isnin.

Pengeboman di Bali: Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mengaku bersalah bersubahat

Bagaimanapun, rundingan bagi pengakuan bersalah yang dicapai minggu lepas yang membantu mengelakkan proses litigasi yang panjang mungkin membolehkan kedua-dua mereka kembali ke Malaysia.

Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, ditahan selama bertahun-tahun di penjara luar negara rahsia Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Laporan itu menyatakan bahawa sebahagian daripada rundingan bagi pengakuan bersalah yang membayangkan kepulangan mereka ke Malaysia kekal sebagai rahsia.

Prosiding hukuman terhadap Mohammed Farik dan Mohammed Nazir adalah sebahagian daripada strategi kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk cuba menyelesaikan kes-kes keselamatan negara Guantanamo melalui rundingan bagi pengakuan bersalah.

Minggu lepas kedua-dua lelaki yang kini ditahan di Guantanamo mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat dalam insiden pengeboman di Bali yang mengorbankan 202 orang pada 12 Oktober 2002.

Mereka telah didakwa bersama Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali dari Indonesia.

Bagaimanapun, pada Oktober lepas New York Times melaporkan Mohammed Farik dan Mohammed Nazir mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan menjadi ‘aksesori’ kepada serangan pengganas di Bali, oleh itu kes berkenaan diasingkan daripada kes Hambali.

Dalam pengakuan mengaku bersalah itu, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju untuk memberi keterangan terhadap Hambali, bekas pemimpin gerakan Jemaah Islamiyah.

New York Times juga melaporkan sebagai sebahagian daripada rundingan bagi pengakuan bersalah itu, kedua-duanya disoal oleh pendakwa raya pada Ahad dan Isnin yang mungkin digunakan dalam perbicaraan Hambali, yang menurut pendakwa akan diadakan pada tahun depan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan