Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Fazli Aziz didakwa edar methamphetamine seberat 528,000 gram di kawasan semak, Hutan Simpan Mata Ayer Perlis Utara di Padang Besar pada 4 pagi, 10 Januari lepas. Foto Bernama.

Buruh didakwa edar 528 kg dadah

ByBernama

KANGAR, 23 Jan: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 528 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd Fazli Aziz, 35, dan tertuduh mengakui faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 528,000 gram di kawasan semak, Hutan Simpan Mata Ayer Perlis Utara di Padang Besar pada 4 pagi, 10 Januari lepas.

Mohd Fazli dituduh mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur dan jika tidak dihukum mati dikenakan sebatan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 22 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan