Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang jurutera wanita di sebuah kilang di Bayan Lepas di sini berputih mata apabila kesemua wang simpanannya sebanyak RM336,760 lesap dipercayai selepas menjadi mangsa penipuan Phone Scam baru-baru ini. Foto hiasan, Envato.

Suri rumah rugi hampir RM1.5 juta

ByBernama

SEREMBAN, 22 Jan: Seorang suri rumah mengalami kerugian hampir RM1.5 juta selepas terperdaya dengan panggilan penipuan oleh individu menyamar sebagai anggota polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berkait modus operandi sindiket panggilan penipuan melibatkan kerugian RM1,491,832.82 itu pada Jumaat.

“Mangsa menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali menyamar sebagai polis dan menyatakan mangsa adalah suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa kemudian diarahkan membuat pembayaran wang ke beberapa akaun bank milik individu tidak dikenali.

Mohamad Hatta berkata, susulan itu orang ramai dinasihatkan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan