Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BNM, Bank Negara Malaysia. Foto Faitullah Morni (TVS)

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$115.1 bilion

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan rizab antarabangsanya meningkat kepada AS$115.1 bilion setakat 15 Januari lalu.

Pada 29 Disember 2023, rizab yang dicatatkan oleh bank pusat itu ialah AS$113.5 bilion.

Menurut BNM, paras diumumkan ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” jelas BNM menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, BNM turut memaklumkan semasa perniagaan ditutup pada tarikh sama, jumlah asetnya mencecah RM631.17 bilion merangkui emas dan pertukaran asing termasuk SDR berjumlah RM528.35 bilion.

“Selain itu termasuk dalam butiran berkenaan ialah deposit institusi kewangan sebanyak RM1.19 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), tanah dan bangunan (RM4.3 bilion) dan aset lain berjumlah lebih RM60 bilion,” jelas BNM. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan