Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah melawat Muzium Kuching di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini. Foto TVS

Pusat Transit Gelandangan akan diwujudkan di kawasan DBKU – Fatimah

KUCHING, 22 Jan: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bakal wujudkan sebuah lagi Pusat Transit Gelandangan (TTG) di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Pusat Transit yang kedua itu akan diwujudkan dalam masa terdekat bagi golongan gelandangan.

Katanya, Sarawak kini sedang giat menyediakan fasiliti sokongan dan intervensi untuk komuniti gelandangan dalam bentuk tempat transit di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

“Kita hendak mewujudkan sebuah lagi Pusat Transit di kawasan Kuching Utara. Kita akan berkongsi kisah kejayaan Pusat Sokongan Komuniti Sosial yang pertama dan kita harap ia akan dapat dilaksanakan di kawasan DBKU ini.

“Penubuhan Pusat Transit Gelandangan (TTG) di Sarawak adalah berdasarkan statistik kelaziman dan pemetaan isu gelandangan di kawasan itu,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat di DBKU hari ini.

Fatimah berkata, selain disediakan tempat tinggal dan makan minum untuk gelandangan, mereka turut diberi latihan untuk menjana pendapatan.

Pusat Transit Gelandangan kedua tersebut terletak di premis kedai di Jalan P.Ramlee Kuching dan bangunan TTG Kuching sedang ditender oleh DBKU dan dijangka siap pada Februari 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan