Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Penyelarasan Tenaga di Kuching, baru-baru ini. Foto MINTRED

Jawatankuasa Perancangan dan Penyelarasan Tenaga bincang strategi tenaga elektrik

KUCHING, 22 Jan: Jawatankuasa Perancangan dan Penyelarasan Tenaga (JPPT) yang bermesyuarat baru-baru ini membincangkan strategi berkaitan penyelarasan, perancangan dan peruntukan tenaga elektrik di Sarawak.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) memaklumkan perbincangan menerusi mesyuarat dipengerusikan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan itu melibatkan kajian semula dan penilaian menyeluruh ke atas keseimbangan antara bekalan dan permintaan bagi tenaga di Sarawak.

“Ia (perbincangan) merangkumi pemeriksaan urutan dan masa projek pelaburan utama dalam penjanaan tenaga elektkrik dan pembangunan rangkaian yang berkaitan.

“Selain itu, mesyuarat JPPT mengemukakan cadangan untuk peruntukan tenaga kepada pelanggan strategik tertentu, berpandukan dasar negara yang bertujuan mengutamakan pelaburan masuk,” kata MINTRED menerusi kenyataan, hari ini.

Mesyuarat pada 17 Januari itu, turut dihadiri Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Ia adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Sarawak untuk memajukan pengurusan tenaga strategik dan menggalakkan pembangunan mampan.

Beroperasi di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) oleh Awang Tengah, PPCC pada mulanya ditubuhkan semasa peringkat awal penubuhan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebagai saluran untuk menyelia pembangunan strategik dan pengagihan tenaga yang dikhususkan kepada industri pukal.

Pada 12 Jun 2023, JPPT telah dihidupkan semula untuk menangani dan menyelaraskan lonjakan permintaan tenaga elektrik dari pelbagai agensi.

MINTRED memaklumkan, inisiatif ini membawa kepada penubuhan sebuah badan berpusat, yang ditugaskan untuk menyelaraskan perancangan keseluruhan pembangunan dan bekalan elektrik untuk Sarawak.

“Di bawah kepimpinan Datuk Amar Awang Tengah, dengan Sarawak Energy berkhidmat sebagai sekretariat bersama dan ahli sekretariat yang dilantik MINTRED, JPPT merupakan bukti dedikasi Sarawak terhadap tadbir urus tenaga yang bertanggungjawab dan berfikiran ke hadapan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan