Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023 dengan mata indeks berada pada 131.2 mata berbanding 129.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Foto hiasan Envato

Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023 dengan mata indeks berada pada 131.2 mata berbanding 129.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berlaku peningkatan yang perlahan dalam restoran dan hotel, (3.7 peratus; November 2023: 4.3 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.7 peratus; November 2023: 2.3 peratus) serta makanan dan minuman bukan alkohol (2.3 peratus; November 2023: 2.6 peratus).

“Kumpulan utama lain yang menunjukkan peningkatan adalah kesihatan (2.5 peratus; November 2023: 2.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus; November 2023: 0.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Inflasi keseluruhan secara tahunan pada 2023 meningkat 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2022.

DOSM berkata ini didorong oleh kenaikan 5.6 peratus dalam kumpulan restoran dan hotel (2022: 5.0 peratus); 4.8 peratus dalam makanan dan minuman bukan alkohol, (2022: 5.8 peratus) dan 2.4 peratus dalam pelbagai barangan dan perkhidmatan (2022: 2.0 peratus).

Ia berkata inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan kenaikan 0.2 peratus (November 2023: 0.0 peratus) dengan beberapa kumpulan terus mencatatkan peningkatan secara bulanan antaranya perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan pada 0.4 peratus, makanan dan minuman bukan alkohol (0.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus).

Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 1.9 peratus pada Disember 2023 (November 2023: 2.0 peratus) dan masih melepasi inflasi keseluruhan Malaysia pada 1.5 peratus.

Ini didorong oleh kumpulan restoran dan hotel serta makanan dan minuman bukan alkohol yang masing-masing mencatatkan peningkatan sederhana 3.7 peratus dan 3.2 peratus pada Disember 2023.

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.5 peratus) adalah lebih rendah berbanding Filipina (3.9 peratus), Vietnam (3.6 peratus), Amerika Syarikat (3.4 peratus), Korea Selatan (3.2 peratus), Zon Eropah (2.9 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus).

Bagaimanapun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (-0.8 peratus) dan China (-0.3 peratus). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan