Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok. Foto hiasan Envato

Dua maut dalam kemalangan babitkan lima kenderaan di Kuala Langat

ByBernama

SHAH ALAM, 22 Jan: Dua maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, dua yang maut dalam kemalangan itu dipercayai merupakan seorang ibu dan anaknya.

Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 7 pagi berhubung kejadian, dan berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta.

Dalam kenyataan di sini beliau berkata, salah sebuah kereta yang dihempap lori itu dinaiki oleh dua wanita berumur 20an dan 40an, serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, ketiga-tiganya dipercayai daripada satu keluarga.

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 9.45 pagi, namun wanita 40an serta kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi cedera di bahagian kaki dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan