Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemilik anjing mesti memberikan kerjasama dalam mengekang wabak rabies atau berhadapan tindakan kompaun. Foto hiasan Envato

Dapatkan vaksin rabies atau berdepan kompaun

PADAWAN, 22 Jan: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah akan mengenal pasti pemilik yang belum mendapatkan vaksin rabies untuk anjing peliharaan mereka.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pemilik anjing mesti memberikan kerjasama dalam mengekang wabak rabies atau berhadapan tindakan kompaun.

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada sidang media hari ini. Foto TVS.

“Bukan hanya Majlis Perbandaran, pemilik anjing juga harus memberikan kerjasama. Saya akan pergi dari rumah ke rumah, ada atau tidak (vaksin). Jika tidak ada kita akan terus kompaun mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan upacara penyerahan dokumen pengambil alihan Pusat Pertumbuhan Desa (RGC) Padawan oleh GKCA di Pejabat Daerah Kecil Padawan di sini, hari ini.

Pihaknya memandang serius perkara ini kerana anjing yang tidak divaksin dikhuatiri mengundang bahaya sekiranya anjing tersebut dijangkiti rabies dan mengigit orang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan