Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada pengurusan kanan CIMB Bank Berhad di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

CIMB Bank rancang tambah dana pinjaman di Sarawak

KUCHING, 22 Jan: CIMB Bank Berhad dalam perancangan untuk meningkatkan jumlah dana pinjamannya untuk rakyat Sarawak dan syarikat-syarikat di Bumi Kenyalang susulan permintaan yang tinggi.

Perkara itu telah dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ahmad kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sesi kunjungan hormat, hari ini.

Datuk Abdul Rahman Ahmad ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Amirah Shawel (TVS)

“Sekarang pinjaman yang diberikan kepada syarikat dan rakyat Sarawak adalah lebih RM7 bilion.

“Kami berhasrat untuk mengembangkan lagi aset dan pinjaman yang diberikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia, di sini.

Abdul Rahman berkata syarikat perniagaan perbankan itu juga bersedia bersama-sama Kerajaan Sarawak untuk membantu membangunkan sektor ekonomi di Sarawak.

Katanya, langkah itu bagi mendukung aspirasi Kerajaan Sarawak dalam menjadikan negeri ini berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Kita menyentuh pelbagai isu dalam perbincangan bersama Premier bagaimana CIMB boleh membantu merealisasikan aspirasi beliau dalam mengembangkan ekonomi Sarawak.

“Kalau kita lihat ketika ini sememangnya ekonomi negeri ini berkembang maju,’ katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan