Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Malam Gala Amal Malaysia-Korea Selatan di Kuching malam tadi. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak ambil langkah agresif tangani pelepasan karbon – Abang Johari

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 Jan: Sarawak kini mengambil langkah agresif dalam menangani pelepasan karbon di negeri ini dengan mentransisi daripada penggunaan bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing menerusi langkah yang diambil itu memastikan kemampanan buat generasi yang akan datang.

“Kita sedang menghadapi cabaran global mengenai perubahan iklim dan semua orang mesti menyumbang untuk mengurangkan pelepasan karbon.

“Pada masa sama, bersama-sama memainkan peranan kita dengan menggunakan tenaga boleh diperbaharui serta pendekatan boleh diperbaharui dalam usaha kita untuk pembangunan ekonomi dan Sarawak sedaya upaya untuk mengurangkan pelepasan karbon di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Malam Gala Amal Malaysia-Korea Selatan di Kuching malam tadi.

Turut hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Abang Johari turut memuji langkah yang diambil OCIM Sdn Bhd yang mengambil pendekatan terus dalam inisiatif hijau.

Dalam pada itu, beliau mahu anak-anak Sarawak untuk meningkatkan kemahiran masing-masing supaya bersama-sama membantu pelabur yang melabur di Sarawak dalam membangunkan ekonomi negeri.

“Dalam konteks pemindahan teknologi, OCIM Sdn Bhd sudah melakukannya dengan merekrut anak-anak tempatan dan bersama-sama mengeluarkan produk mereka sendiri.

“Saya mengambil maklum OCIM Sdn Bhd sedang berkembang dan banyak rantaian bekalan yang tersedia di Sarawak yang mana kita boleh bekerjasama dan dari situlah perkongsian atau pemindahan teknologi adalah amat penting,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Abang Johari turut berkata ia juga adalah peluang terbaik dalam mendalami dan mempelajari budaya-budaya luar negara seperti Korea Selatan.

Pada majlis itu sebanyak tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) menerima sumbangan iaitu Yayasan Ilmu Sarawak berjumlah RM300,000, Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal (PERKATA) Sarawak berjumlah RM200,000 dan Green Generation berjumlah RM300,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan