Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu ketulan mampat berisi dadah disyaki ganja dirampas pada serbuan di hadan sebuah rumah di Taman Merak di sini semalam. Foto: IPD Kulim

Pekerja syarikat kurier ditahan bersama 1.26 kg ganja

KULIM, 21 Jan: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan bungkusan syarikat kurier terbongkar selepas dua lelaki termasuk pekerja di sebuah syarikat penghantar barang diberkas di Taman Merak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek ditahan di hadapan rumah ketika serbuan oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim kira-kira pukul 1 petang.

Katanya, polis sebelum itu mengesan pembantu kedai di sebuah syarikat penghantar barang di Padang Serai berusia 22 tahun dan penganggur berusia 52 tahun itu dalam keadaan mencurigan di hadapan rumah.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu bungkusan (syarikat) J&T yang di dalamnya terdapat satu ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja seberat 1.26 kilogram (kg).

“Dadah bernilai RM3,906 itu disyaki boleh digunakan oleh 525 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd. Azizul, siasatan lanjut mendapati, suspek berusia 22 tahun yang negatif ujian saringan air kencing mempunyai satu rekod lampau, manakala seorang lagi suspek yang tiada rekod lampau positif dadah THC atau ganja.

“Suspek pertama direman sehingga 22 Januari, manakala suspek kedua direman sehingga 26 Januari depan bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan