Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Len Talif meninjau projek penanaman padi baka berkualiti tinggi di kawasan Meradong, petang semalam. Foto TVS

Manfaatkan tanah terbiar di Kuala Rajang dengan padi berkualiti tinggi

TANJONG MANIS, 21 Jan: Usaha untuk meluaskan projek penanaman baka padi berkualiti tinggi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Rajang kini sedang dirangka dalam usaha menyediakan peluang ekonomi baharu selain memanfaatkan tanah terbiar di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, ia sebahagian inisiatif penting untuk memastikan keterjaminan bekalan makanan penduduk di kawasan itu dalam tempoh jangka panjang.

Menurutnya, perancangan itu dibuat berikutan sambutan positif pelbagai pihak terhadap skim penanaman padi baka berkualiti di seluruh Sarawak yang turut menarik minat syarikat swasta.

“Saya sedang mengkaji keperluan itu (memanfaatkan kawasan terbiar) untuk memanfaat penduduk di Kuala Rajang. Kita juga akan melihatnya dengan lebih terperinci terutama daripada sudut pelaksanaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan melaksanakan pelbagai pendekatan untuk mempertingkatkan produktiviti industri padi dan beras bagi memacu perkembangannya secara proaktif.

Langkah itu katanya, termasuk memperkenalkan teknologi terkini melalui penglibatan swasta bagi mendepani cabaran serta memperkasakan lagi keupayaannya sejajar perkembangan semasa.

Malah beliau juga optimis industri padi di Kuala Rajang mampu berkembang berikutan pelbagai usaha pembangunan yang sedang giat dilaksanakan kerajaan di kawasan itu.

“Bagaimanapun, saya ingin menekankan bahawa sebahagian besar projek yang dilaksanakan antara pemilik tanah,Lembaga Amanah Kebajikan Kuala Rajang dan syarikat swasta tempatan di kawasan Tanjung Manis ketika ini adalah projek perintis.

“Ia bertujuan memastikan kesesuaian varieti padi baharu sebelum ditanam secara besar besaran di kawasan ini nanti. Keluasan kawasan yang terlibat dalam projek printis ini ialah 50 ekar dan mungkin akan diperluaskan kepada lebih dari 100 ekar,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan