Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NADMA mengesahkan banjir di Sarawak pulih sepenuhnya malam ini. Foto, TVS.

JPBD Tatau giat laksana pemantauan banjir

TATAU, 21 Jan: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tatau terus melaksanakan aktiviti pemantauan banjir di daerah itu sepanjang musim landas ini.

Pegawai Daerah Tatau, Jubang Juntan berkata, jawatankuasa itu yang turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pegawai Daerah Tatau, Jubang Juntan ketika ditemui melakukan pemantauan ke kawasan Ulu Kakus, Tatau pada Sabtu. Foto TVS

“Kami di kawasan Tatau ini telah menerima hujan yang lebat sejak 18 Januari yang lalu sehingga kini dengan beberapa kawasan telah dinaiki air seperti di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Penyarai, SK Nanga Tau dan di SK Kuala Muput.

“Menerusi pemantauan kami pada tengah hari kami melihat banjir di SK Nanga Penyarai telah surut, begitu juga di SK Nanga Tau serta dua PPS yang dibuka di lokasi itu juga telah ditutup,” katanya ketika ditemui melakukan pemantauan ke kawasan Ulu Kakus, Tatau pada Sabtu.

Beliau berkata, hanya sebuah sahaja PPS yang masih dibuka iaitu di PPS Rh Steven, Muput menempat seramai 55 mangsa banjir.

Katanya, menerusi pemantauan tersebut yang dilakukan bersama Menteri di Jabatan Premier, Dato John Sikie Tayai mendapati trend limpahan air sungai mulai surut.

Bagaimanapun, beliau turut menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan berpindah segera apabila diarahkan untuk berbuat demikian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan