Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
NADMA mengesahkan banjir di Sarawak pulih sepenuhnya malam ini. Foto, TVS.

Banjir: Sarawak pulih sepenuhnya setakat malam ini – NADMA

KUALA LUMPUR, 21 Jan:  Sebanyak 43 mangsa banjir masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor manakala PPS di Sarawak telah ditutup sepenuhnya setakat malam ini.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), satu-satunya PPS yang masih dibuka ialah di daerah Segamat yang menempatkan 12 keluarga.

Banjir: Mohon JKS pantau kesihatan mangsa di PPS – Uggah

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor; Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah); Sungai Arau (Arau, Perlis); dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

Banjir: Mohon JKS pantau kesihatan mangsa di PPS – Uggah

NADMA turut memaklumkan sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan