Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mengesan punca kebakaran sebuah kereta Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham dilontar dengan molotov cocktail di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar. Foto: Bernama

Bakar kereta Ahli Parlimen Beruas, 11 saksi telah dipanggil

IPOH, 21 Jan: Polis telah merakam keterangan daripada 11 individu setakat hari ini berhubung kes membakar kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di hadapan rumahnya di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar, Manjung dekat sini, 10 Januari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, proses siasatan masih dijalankan pihaknya bagi mengesan suspek yang terlibat.

“Pada 18 Januari, bomba juga telah membuat pengesahan awal bahan bakar yang digunakan adalah daripada petrol.

“Walaubagaimanapun, surat laporan rasmi akan dihantar kepada polis dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media pada 10 Januari lalu melaporkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz milik Koo Ham hangus, manakala kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CR-V dan pikap jenis Toyota Hilux turut rosak selepas berlaku kebakaran di hadapan rumah.

Kebakaran kira-kira pukul 2.50 pagi itu dikatakan dipercayai berlaku kerana dicetuskan oleh molotov cocktail yang dibaling.

Insiden itu turut menyebabkan sebahagian struktur tempat letak kereta terbakar sebelum bomba menamatkan operasi memadamkan kebakaran pukul 4.44 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan