Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa berusia 55 tahun itu tertarik menyertai pelaburan kerana dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan. Foto hiasan Envato

Untung RM110, rugi lebih RM200,000 akibat pelaburan tak wujud

ByBernama

KUANTAN, 20 Jan: Terpedaya dengan umpan sebanyak RM110 menyebabkan seorang pesara kerugian wang simpanan berjumlah RM260,388 selepas pelaburan saham yang disertainya sebenarnya tidak wujud.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata lelaki berusia 55 tahun itu mendakwa tertarik untuk menyertai pelaburan terbabit kerana dikatakan patuh syariah selain menjanjikan pulangan lumayan.

“Mangsa mendakwa mula menyertai pelaburan itu pada awal Disember tahun lepas dan cubaan pertamanya melabur dengan nilai RM500 membawa keuntungan RM110 menyebabkan dia melabur dalam jumlah lebih besar.

“Dia kemudiannya diberikan pautan untuk mendaftar dalam sebuah laman web untuk memantau pergerakan saham dan berminat untuk mengeluarkan keuntungan pada minggu ketiga Disember 2023.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan meminta mangsa untuk membayar cukai pelaburan terlebih dahulu, sehingga dia membuat 14 kali pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun seperti diarahkan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas masih tidak diberikan kebenaran untuk mengeluarkan “keuntungan” itu, menyebabkan dia membuat laporan di balai polis di Kuala Lipis semalam.

Dalam kes berasingan, Yahaya berkata seorang jururawat berusia 50 tahun sanggup membuat pinjaman bank dan menjual barangan kemas, selepas diperdayakan sindiket Macau Scam sehingga kerugian RM105,000.

Mangsa mendakwa dihubungi suspek pada 26 Nov tahun lepas, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang sedang membuat siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan nama mangsa.

Mangsa menafikan dakwaan itu, namun talian kemudian dikatakan disambungkan kepada seorang anggota “polis” yang menggertak bahawa mangsa akan dikenakan hukuman berat atas kesalahan itu.

Anggota “polis” itu didakwa telah mengarahkan mangsa untuk membuat pemindahan wang ke empat akaun berbeza kononnya bagi tujuan siasatan dan mangsa yang bimbang dikenakan hukuman, telah sedaya upaya memenuhi arahan itu.

Mangsa membuat laporan di balai polis di Jerantut semalam, selepas sedar ditipu kerana gagal menghubungi suspek bagi bertanyakan perkembangan siasatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan