Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasaki Kuching, di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasaki Kuching, di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Sarawak sambut baik inisiatif AirAsia tingkat kekerapan penerbangan harian Jakarta-Kuching – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Jan: Sarawak menyambut baik inisiatif AirAsia yang bakal mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan dari Jakarta ke Kuching kepada harian bermula 8 Februari depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata inisiatif itu telah membuktikan sektor laluan berkenaan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat di kedua-dua negara.

“Ramai orang Sarawak yang pergi ke Jakarta dan ramai juga dari Indonesia datang ke Sarawak untuk melancong, ada yang datang kerana pelancongan perubatan dan sebagainya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AirAsia dan berharap ini akan menjadi satu lagi ruang kepada rakyat Malaysia dari Sarawak untuk berkunjung ke Jakarta atau Pulau Jawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kawasaki Kuching, di sini, hari ini.

Sementara itu, berhubung dengan laluan penerbangan baharu dari Kuching, Abdul Karim menjelaskan pihaknya masih dalam proses rundingan dan mahu memberi penekanan terhadap penerbangan di dalam kawasan Asia Tenggara.

“Fokus kita lebih kepada negara-negara di Asia Tenggara pada masa ini, seperti Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.

“Kita mahu sektor yang melibatkan bandar raya dalam kawasan Nusantara atau Asia Tenggara ini dihubungkan terlebih dahulu,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya, syarikat penerbangan Sarawak berkemungkinan bakal beroperasi pada separuh kedua tahun ini dan turut akan melibatkan laluan penerbangan yang memberi fokus kepada kawasan di Asia Tenggara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan