Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster berkaitan PEMILU 2024 di Jakarta. Pemilu 2024 menyaksikan tiga calon iaitu Prabowo Subianto, Ganjar Pranowo dan Anies Baswedan bersaing merebut jawatan Presiden pada Februari. Foto AFP

PEMILU 2024: Seramai 64,900 warga Indonesia di Sarawak bakal mengundi

KUCHING, 20 Jan: Seramai 64,900 pemilih berdaftar Indonesia yang bermastautin di Sarawak akan melaksanakan kewajiban mereka mengundi Presiden, Naib Presiden Indonesia serta anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) pada Februari ini.

Konsul Jenderal Republik Indonesia di Kuching Raden Sigit Witjaksono berkata proses demokrasi itu nanti melibatkan dua kaedah iaitu mengundi di pejabat konsulat pada 11 Februari 2024 atau di 153 lokasi ladang yang telah dikenal pasti seluruh Sarawak bagi tempoh 4 hingga 10 Februari 2024.

“Kita berharap penyertaan warganegara Indonesia untuk turut serta mengundi kerana ia adalah penentu nasib bangsa negara Indonesia,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Bazar Konsulat Indonesia di Konsulat Jeneral Republik Indonesia di sini, hari ini.

Raden turut mengingatkan para pengundi agar membawa dokumen penting iaitu pasport atau kartu tanda penduduk (KTP) atau kartu keluarga bagi melayakkan mereka membuang undi.

Tambahnya, bagi melancarkan proses hari pengundian, seramai 600 hingga 800 petugas iaitu warga Indonesia yang bermastatutin di negeri ini akan ditugaskan mengawasi setiap peti undi di semua lokasi pengundian.

Malah pihaknya turut meminta bantuan polis Sarawak untuk mengawasi proses pemilihan yang berlangsung.

“Nanti selesai pengundian antara 4 hingga 10 Februari, kesemua peti undi dibawa ke Kuching untuk penjumlahan undi pada 14 Februari,” katanya.

Pemilu 2024 Indonesia menyaksikan tiga calon iaitu Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, bekas Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan bekas Gabenor Jakarta Anies Baswedan akan bersaing untuk merebut jawatan Presiden pada bulan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan