Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki di Ipoh berputih mata apabila kerugian wang lebih RM1.6 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan matawang Kripto. Foto hiasan Envato

Lelaki rugi RM1.6 juta ditipu pelaburan tidak wujud

IPOH, 20 Jan: Seorang lelaki di Taman Perak di sini berputih mata apabila kerugian wang lebih RM1.6 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan matawang Kripto.

Mangsa berusia 37 tahun yang bekerja sebagai juru perunding itu mula terjerat dalam penipuan berkenaan selepas berkenalan dengan seorang individu di laman sosial Facebook pada awal September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa telah diperdaya untuk menyertai pelaburan matawang Kripto menerusi aplikasi Unobitex oleh kenalan itu.

“Sejak 12 September 2023, pengadu (mangsa) telah memasukkan dana sebanyak 44 kali ke dalam akaun berbeza berjumlah RM1,651,585.

“Selepas pengadu ingin mengeluarkan wang keuntungan, suspek memintanya membuat bayaran cukai negara Arab Saudi sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Mohd Yusri berkata, orang ramai dinasihati agar berwaspada terhadap tawaran pelaburan di media sosial, khususnya menerusi aplikasi kewangan atau pelaburan yang tidak diluluskan oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhana Sekuriti Malaysia bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan