Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa kebakaran dibawa keluar oleh pasukan operasi dari lokasi kebakaran Foto JPBM Miri

Lelaki rentung dalam bilik rumah pekerja di Miri

MIRI, 20 Jan: Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Ladang Sawit Lot 87, Rumah Estet Sarawak di sini, pada Sabtu.

Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar 9:50 pagi tadi daripada Balai Polis Batu Niah.

“Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 69 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan,

“Setibanya di tempat kejadian, terdapat sebuah rumah 2 pintu berukuran 1500 kaki persegi sudah terbakar sepenuhnya serta sebuah kenderaan turut terbakar anggaran 30 petatus,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Awangku Mohd Hazmin berkata, pihak polis memaklumkan kebakaran tersebut berlaku pada jam 2 pagi sewaktu mangsa yang berusia 22 tahun ditemui di bilik tidur kedua.

Katanya, Bomba seterusnya melakukan tindakan ‘overhaul’ bagi memastikan tiada bara yang berupaya mengakibatkan kebakaran berulang.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakkan selanjutnya.

Operasi berkenaan ditamatkan sekitar jam 1.30 petang dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan