Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan berhampiran Kampung Rokan dekat Tampin. Foto hiasan Envato.

Lelaki 20 tahun maut langgar babi hutan

ByBernama

TAMPIN, 20 Jan: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya melanggar seekor babi hutan di kilometer 7.3 berhampiran Kampung Rokan dekat sini pada 7.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tampin DSP Amiruddien Sariman berkata semasa kejadian itu, mangsa yang berusia 20 tahun dan menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di IOI Gemencheh.

“Mangsa yang bekerja sebagai operator dron itu telah melanggar seekor babi hutan yang menyeberang jalan, lalu lelaki itu tercampak ke atas jalan.

“Akibat kemalangan terbabit, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke bahagian Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan