Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang awam memberi penghormatan di hadapan bunga dan nota diletakkan pada dinding di Seoul berhubung tragedi Halloween 2022. Foto AFP

Ketua polis Seoul didakwa tragedi rempuhan Halloween

SEOUL, 20 Jan: Ketua Polis Seoul telah didakwa atas tuduhan kecuaian berhubung tragedi rempuhan Halloween 2002 yang membunuh hampir 160 orang.

Pada 29 Oktober 2022, berpuluh-puluh ribu orang yang kebanyakannya berumur dalam lingkungan 20 dan 30-an telah keluar untuk menikmati cuti perayaan pada pasca pandemik di Itaewon.

Namun, malam itu bertukar tragedi apabila orang ramai memasuki lorong sempit antara bar dan kelab mengakibatkan keadaan tidak terkawal hingga menyebabkan lebih 150 orang terkorban.

Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Barat Seoul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Kim Kwang-ho, Ketua Agensi Polis Metropolitan Seoul, didakwa atas tuduhan kecuaian profesional yang mengakibatkan kecederaan atau kematian.

“Sebagai ketua polis, tertuduh tidak mengambil langkah yang diperlukan, seperti mengerahkan pasukan polis yang mencukupi dan memastikan perintah serta penyeliaan yang betul pada hari kejadian, walaupun tertuduh dapat meramalkan potensi bahaya yang timbul daripada kesesakan di kawasan hiburan pada malam itu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu lagi, Kim bersama Ketua Balai Polis Yongsan dan Ketua Pejabat Wad Yongsan kini sedang dalam perbicaraan yang menyebabkan kematian 158 individu dan kecederaan 312 individu akibat kecuaian profesional tersebut.

Pada Januari tahun lalu, Kim dan 22 pegawai lain dari polis, penyelamat dan pejabat daerah telah dibawa kepada pihak pendakwaan oleh pasukan penyiasat polis khas atas dakwaan penglibatan mereka dalam kesalahan pengendalian kerajaan terhadap tragedi itu.

Pendakwa Raya kemudiannya mendakwa ketua balai polis di daerah Yongsan, termasuk Itaewon, dan pejabat Wad Yongsan, namun tidak membuat keputusan untuk mendakwa Kim selama lebih setahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan