Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Modenas Sdn Bhd, Roslan Roskan ditemui TVS pada majlis perasmian pembukaan Kawasaki cawangan Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)
Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Modenas Sdn Bhd, Roslan Roskan ditemui TVS pada majlis perasmian pembukaan Kawasaki cawangan Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Majlis perasmian pembukaan cawangan pertama Kawasaki di Kuching meriah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 20 Jan: Syarikat pengeluar motosikal, Kawasaki mengadakan majlis perasmian pembukaan cawangan pertamanya di Pusat Komersial Travillion, Jalan Petanak, Kuching, di sini, pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Modenas Sdn Bhd, Roslan Roskan berkata, pihaknya tidak menjangkakan majlis pelancaran hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat Bandaraya ini.

Majlis perasmian Kawasaki cawangan Kuching | TVS

“Saya amat terkejut dan berbangga kerana penerimaan orang Sarawak adalah di luar jangkaan kami walaupun cuaca kurang menarik hari ini, tetapi bilangan yang datang sangat ramai dan respon-respon daripada para pengunjung juga sangat positif.

“Jadi saya sangat yakin Sarawak memang mempunyai ramai peminat-peminat motosikal Kawasaki,” katanya ketika ditemui TVS, di sini, hari ini.

Tambah Roslan, pihaknya kini sudah mempunyai 12 cawangan untuk kategori Kawasaki All Star setakat ini serta mempunyai perancangan untuk menambah lagi cawangan ke seluruh Malaysia pada masa akan datang.

Majlis perasmian telah disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran Edaran Modenas Sdn Bhd, Yusaku Kashiwagi dan Pengarah Kawasaki Kuching, Lau Kin Tay @ Lau Kin Hu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan