Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raden Sigit Witjaksono berkata pihaknya mengambil serius isu kelewatan proses memohon dan memperbaharui pasport. Foto TVS

Indonesia tambah baik proses permohonan dan perbaharui pasport dalam talian

KUCHING, 20 Jan: Indonesia akan memperkasakan sistem sistem permohonan dan pembaharuan pasport secara dalam talian.

Konsul Jeneral Indonesia di Kuching, Raden Sigit Witjaksono berkata, pihaknya mengambil serius isu kelewatan proses memohon dan memperbaharui pasport yang dihadapi pada masa kini.

Ujar beliau, dengan beralih ke arah sistem pendigitalan ia akan memudahkan warga Indonesia yang berada di Sarawak untuk mempembaharui pasport.

“Kita akan cuba mendigitalisasikan sistem tersebut secepat yang mungkin. Kita sudah ada aplikasi tersebut tiga tahun yang lalu cuma kita mahu lebih memperkasakan sistem pendigitalan.

“Sudah tentu ia perlu capaian mudah alih dan gajet seperti telefon pintar dan komputer riba untuk akses sistem tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Bazar Konsulat Indonesia di Konsulat Jeneral Republik Indonesia di sini, hari ini.

Tambah Raden, pihaknya akan mengambil langkah proaktif agar tempoh penyiapan pasport dapat disingkatkan.

“Aplikasi itu disebut sebagai APOWAKIM. Aplikasi Pendaftaran Online Whatsapp Keimigrasian. Penggunaan sistem APOWAKIM amat mudah. Kita cuma perlu isi nama dan maklumat ringkas dan kemudian akan mendapat respon daripada sistem.

“Setelah mendapat maklum balas mereka harus ke konsulat dan berjumpa dengan pegawai untuk pembaharuan pasport. Itu antara proses sedia ada buat masa sekarang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan