Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah antara tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara di sini hari ini. Foto Bernama

Anwar, Azizah hadir Majlis Jamuan Teh Diraja

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara di sini.

Anwar berkata majlis itu turut dihadiri bekas-bekas Perdana Menteri, Menteri Kabinet, duta-duta asing, dan pegawai tertinggi kerajaan.

“Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan meluangkan bersalaman dan beramah mesra bersama tetamu jemputan. Daulat Tuanku!,” katanya dalam hantaran Facebooknya, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Majlis Jamuan Teh Diraja yang dihadiri 2,500 tetamu itu, adalah bersempena tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan ini.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan