Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Taman Geo Delta Kebangsaan Sarawak antara produk dan pakej pelancongan baharu yang dipromosikan Tourism Malaysia pada Pameran Pelancongan MATKA Travel Fair di Messukeskus, Helsinki. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Taman Geo Delta Kebangsaan Sarawak antara pakej pelancongan diketengahkan menerusi MATKA Travel Fair di Helsinki

KUCHING, 19 Jan: Taman Geo Delta Kebangsaan Sarawak adalah antara pakej pelancongan baharu yang dipromosikan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) pada Pameran Pelancongan MATKA Travel Fair di Messukeskus, Helsinki.

Tourism Malaysia berkata turut diketengahkan menerusi pameran bermula 18 hingga 21 Januari itu ialah pakej Taman Geo Langkawi, Malaysia Archeotourism and Geotourism, Perlis Ecotourism, Endau Rompin National Park dan Kinabalu UNESCO Global Geopark.

Kumpulan kebudayaan dibawa Lembaga Pelancongan Sarawak membuat persembahan dua kali sehari, mempamerkan tarian tradisional Sarawak dan alat muzik tradisional. Foto Tourism Malaysia.

“Selain itu, kumpulan kebudayaan khas yang dibawa oleh Lembaga Pelancongan Sarawak akan membuat persembahan dua kali sehari, mempamerkan tarian tradisional Sarawak dan alat muzik tempatan seperti sape dan seruling.

“Demo memasak dan pensampelan makanan juga akan berlangsung di gerai dari 19 hingga 21 Januari untuk memperkenalkan makanan Malaysia kepada pengunjung,” kata Tourism Malaysia menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Tourism Malaysia sangat optimistik dengan penyertaan tahun ini kerana MATKA menawarkan peluang untuk memperkenalkan tarikan pelancongan Malaysia yang sejajar dengan minat pengembara dari negara-negara Scandinavia.

Pameran tahun ini membolehkan dunia menyaksikan keajaiban alam semula jadi Malaysia, warisan budaya pelbagai etnik, pelancongan berasaskan komuniti yang mampan dan hidangan kulinari yang menjanjikan perjalanan pengalaman luar biasa.

Malaysia dijangka mengalu-alukan lebih 8,100 ketibaan warga Finland menjelang akhir 2023, meningkat dengan ketara berbanding 4,091 yang dicatatkan pada 2022.

“Berikutan peningkatan yang luar biasa pada pertengahan 2023, Malaysia telah menyemak semula ramalan pelancong antarabangsa setahun penuhnya meningkat sebanyak 18.63 peratus kepada 19.1 juta.

“Tahun Melawat Malaysia (VMY) seterusnya telah ditetapkan pada 2026, dan kerajaan menyasarkan 35.6 juta ketibaan pelancong asing,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan