Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah ditemui pada sesi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) yang pertama bagi tahun 2024, di pejabatnya, di Kuching, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) yang pertama bagi tahun 2024, di pejabatnya, di Kuching, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Subsidi RM1,000 setahun bagi yuran asuhan, pendidikan awal kanak-kanak ditambah baik – Fatimah

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Jan: Kerajaan Sarawak akan menambah baik subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak berjumlah RM1,000 setahun pada tahun ini, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak itu berkata, pemberian subsidi berkenaan merupakan usaha kerajaan negeri membantu golongan ibu bapa yang memerlukan terutamanya bagi mereka yang menghantar anak ke taska atau tadika swasta.

“Jadi, subsidi yuran ini adalah sebanyak RM1,000 setahun dan kelayakan (untuk memohon) ialah pendapatan isi rumah RM7,000 sebulan (dan ke bawah), maka layak untuk memohon.

“Maksimum bantuan yang diberikan RM1,000 dalam tempoh satu tahun dan kami mahu menambah baik lagi pada tahun ini berbanding tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Awal Kanak-kanak Sarawak (MPAKS) yang pertama bagi tahun 2024, di pejabatnya, di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Menurut Fatimah, sebanyak 99.3 peratus golongan ibu bapa di Sarawak telah mendapat manfaat daripada subsidi yuran tersebut pada tahun 2023.

“Ini adalah rekod yang sangat baik dan kami berharap agar peratusan ini akan mencapai 100 peratus.

“Oleh itu, bagi mereka yang memiliki dokumen tidak lengkap, kami akan memastikan bahawa mereka telah melengkapkannya, terutamanya yang berkaitan dengan pengesahan pendapatan.

“Jika tidak mempunyai slip gaji, anda perlulah mendapatkan ketua masyarakat atau ketua kaum untuk mengesahkannya,” katanya.

Kaedah permohonan bagi subsidi yuran pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak adalah secara dalam talian, yang akan dibuka pada 11 Mac hingga 1 April depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan