Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam gambar bersama tetamu kehormat lain sempena mempromosikan 5 buah buku cerita rakyat di Baitul Makmur hari ini. Foto TVS

Sarawak adaptasikan cerita rakyat kepada permainan video – Abdul Karim

KUCHING, 19 Jan: Sarawak berhasrat mengadaptasikan koleksi cerita rakyat daripada pelbagai suku etnik yang ada di negeri ini kepada bentuk permainan video.

Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata cadangan itu membuktikan kerajaan negeri komited dalam memelihara aset warisan melalui penerbitan dan penyelidikan koleksi cerita rakyat Sarawak.

Pada masa sama, inisiatif berkenaan menurut beliau menandakan sokongan kementerian terhadap industri kreatif berkenaan tidak akan terhad kepada format bercetak.

“Kami mengambil pendekatan untuk mentransformasikan cerita rakyat ini kepada seni persembahan dan animasi. Selain itu, kami bercadang untuk mengadaptasi cerita rakyat tersebut dalam bentuk permainan video,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ‘Sarawak Folktales for all books presentation ceremony‘ di Baitul Makmur Kuching, sin sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Karim mendedahkan kementeriannya telah memperuntukkan dana tahunan berjumlah RM10 juta menerusi Dana Mudahcara Warisan, Seni dan Budaya sebagai alternatif menyokong persatuan dan organisasi yang terlibat dalam seni, budaya, dan warisan termasuk penganjuran aktiviti dan program sekali gus memainkan peranan penting dalam memupuk pertumbuhan industri kreatif Sarawak.

“Melalui Dana Mudahcara Warisan, Seni dan Budaya, kami mengalu-alukan permohonan daripada individu berbakat, NGO dan komuniti tempatan.

“Sumbangan anda dalam penghasilan, penghasilan semula, promosi, pengedaran dan pengkomersilan produk warisan memainkan peranan penting dalam memelihara dan mengekalkan warisan budaya kita yang kaya.

“Inisiatif ini bukan sahaja melindungi warisan kita tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan, memupuk ekosistem budaya yang berkembang maju dan bertenaga,” ujarnya.

Untuk rekod, Dana Mudahcara Warisan,Seni dan Budaya pada 2023 telah berjaya menerbitkan lima buah kompilasi cerita rakyat merangkumi lima etnik berbeza iaitu Iban, Bidayuh, Melanau, Cina dan Punan.

Antara cerita rakyat yang telah berjaya diterbitkan adalah Kumang and Ungrateful Phyton dari komuniti kaum Iban, Widow and Colourful clothed frog dari kaum Bidayuh, Ikan Patin among the Sarawak Malay dari Kaum Melayu, Modi and Magic Stone dari kaum Punan dan terakhir Pulau Datuk Kong dari kaum Cina. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan