Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang bersama tetamu kehormat lain semasa sesi bergambar selepas sidang media. Foto TVS

Miri Gong Xi Bazaar di High Street dan Jalan Raja, pada 2-9 Februari ini

MIRI, 19 Jan: Sejumlah 330 buah gerai bakal memeriahkan ‘Miri Gong Xi Bazaar 2024′ di sini sempena Tahun Baru Cina akan datang.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata jualan bazar itu akan diadakan selama lapan hari bermula 2 hingga 9 Februari depan di High Street dan Jalan Raja, Miri.

“Acara ini bukan sahaja menyajikan pelbagai barisan gerai makanan, tetapi juga turut menghidangkan persembahan kebudayaan seperti tarian tradisional dan nyanyian langsung dari artis tempatan,” katanya pada sidang media Miri Gong Xi Bazaar 2024 di Dewan Bandaraya Miri pada Jumaat.

Menurutnya gerai jualan pada bazar itu akan turut disertai oleh peniaga Bumiputera sebagai inisiatif pihak penganjur memupuk perpaduan kaum selain menyediakan pelbagai pilihan makanan kepada orang ramai yang menyajikan kepelbagaian kulinari daripada komuniti setempat.

Pada masa sama, Adam mendedahkan pelbagai program menarik turut mewarnai bazar tersebut seperti Larian Tahun Baru Cina 2024 2.0, Pertandingan Ratu Cheongsam dan Pertandingan Gerai Terbaik 3.0.

Adam menambah bazar itu dijadual akan dirasmikan pada 3 Februari kelak oleh Menteri Pelancongan Sarawak, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan