Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah di Sabah dan Sarawak terus berusaha meningkatkan pendigitalan bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian. Foto Envato

Mahkamah Sabah, Sarawak teruskan usaha pertingkat pendigitalan

ByBernama

KOTA KINABALU, 19 Jan: Mahkamah di Sabah dan Sarawak terus berusaha meningkatkan pendigitalan bagi memastikan kelancaran sistem penyampaian, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli.

Beliau berkata Sistem Mahkamah Bersepadu (ICS) telah dibangunkan semula melalui projek e-Kehakiman Sabah dan Sarawak (eKSS) pada 2023.

“Kami menyambut baik maklum balas membina daripada semua pihak berkepentingan mengenai keberkesanan dan kecekapan sistem baharu yang telah dipertingkat.

“It is only through your feedback that we can further refine and optimize our digital infrastructure to make sure that it aligns with the evolving needs of the legal community and the general public that we serve,” katanya dalam ucapan sempena majlis Pembukaan tahun Perundangan 2024 bagi Sabah dan Sarawak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata semasa melawat pelbagai mahkamah di Sabah dan Sarawak tahun lepas, peningkatan ketara boleh dilihat dari segi infrastruktur fizikal bangunan mahkamah terutama kerja-kerja pembaikan baru-baru ini di Mahkamah Tawau serta Kuching.

Abdul Rahman turut berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said kerana menyediakan 17 kenderaan baharu untuk kegunaan program bergerak mahkamah di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Nor Asiah Mohd Yusof berkata mereka berazam untuk terus berjuang bagi mendapatkan semua hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagaimana yang diimpikan oleh rakyat di negeri itu.

“Perjalanan kita masih jauh dan komitmen kita terhadap keadilan, autonomi dan kesejahteraan rakyat kita tetap utuh,” katanya.

Terdahulu, Abdul Rahman dan Nor Asiah bersama-sama 570 pengamal undang-undang dari Sabah dan Sarawak menyertai perarakan pembukaan Tahun Perundangan 2024 bagi Sabah dan Sarawak sejauh kira-kira satu kilometer dari Pusat Kebudayaan Hakka ke SICC yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan