Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Serembu, Miro Simuh merasmikan Majlis "Dragon Eye Dotting"di Pekan Siniawan di Kuching pada Jumaat. Foto: TVS

Kepala naga terbesar di Sarawak ada di Pasar Seniawan

KUCHING, 19 Jan: Replika kepala naga terbesar di Sarawak di Pasar Seniawan disifatkan telah mempamerkan keunikan masyarakat yang mendiami pekan ‘koboi’ berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, replika sepanjang 90.8 meter itu akan menjadikan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini lebih bermakna bagi seluruh masyarakat di kawasan tersebut khususnya bagi kaum Cina.

Menurutnya inisiatif Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Siniawan itu juga antara salah satu cara penduduk di Pekan Siniawan meraikan perayaan bersama-sama meskipun mereka di sini berbeza kaum dan agama.

“Untuk memasang kepala naga yang terpanjang di Sarawak mungkin pada malam ini dan ini belum dilakukan di tempat lain buat masa ini.

“Inilah keunikan kami di sini yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama tetapi kami meraihkan setiap perayaan secara bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis “Dragon Eye Dotting” di Pekan Siniawan di Kuching pada Jumaat.

Dalam pda itu, Miro berharap program itu mampu menjadi pemangkin kepada semua sambutan perayaan utama di Sarawak selepas ini sekali gus meraikan etnik kaum serta nilai perpaduan yang diamalkan bersama.

Miro menambah perbezaan kaum dan agama di Sarawak akan menjadi unik dalam nada tersendiri kepada negeri ini sebagai pendorong rakyatnya hidup harmoni. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan