Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Millinea yang menempatkan mangsa banjir dari Kampung Lalang, Bungey dan Babu di Debak. Foto TVS

‘Kaki saya rasa basah pada 12 tengah malam’

DEBAK, 19 Jan: Banjir yang melanda Kampung Babu, Kampung Bungey dan Kampung Lalang awal pagi tadi disifatkan sebagai banjir terbesar dalam sejarah Debak.

Mangsa, Sebeli Kudang berkata, beliau sama sekali tidak menyangka banjir yang melanda kali ini adalah yang terbesar pernah berlaku.

“Berlaku pada 2.30 pagi macam itulah air naik dengan derasnya sebab selama ini hujan berkali-kali tapi tidak sampai banjir,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Millinea, hari ini.

Seorang lagi mangsa Maria Salleh berkata semasa kejadian sekitar 12:00 tengah malam, dia belum tidur dan merasakan kakinya basah ekoran air sudah mula memasuki ruang tamu.

“Belum tidur. Tapi kami bangun dan tengok macam air naik…apabila sudah jauh malam kami rasa kaki basah dalam pukul 12 macam itu,” jelas.

Masniah Mik yang pertama kali berpindah ke PPS menzahirkan rasa syukur kerana diberikan layanan baik oleh agensi berkaitan terutamanya Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM Betong.

“Layanan mereka bagus setakat ini, saya baru pertama kali pindah ke PPS,” ujarnya.

Sehubungan itu, jumlah mangsa banjir berpindah ke PPS Dewan Millinea meningkat kepada 114 orang tengah hari ini berbanding 30 orang awal pagi ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata PPS yang dibuka 1:30 pagi ini menempatkan mangsa dari 32 keluarga dari Kampung Lalang, Bungey dan Babu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan